Blogger Templates

Saturday, October 17, 2009

10 Wasiat Hassan Al-Banna



  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta
    walaubagaimana keadaan sekalipun.

    2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-
    majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
    perkara yang tiada memberi faedah.

    3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab
    yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

    4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
    pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

    5.Janganlah banyak ketawa
    kerana hati yang sentiasa berhubung
    dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

    6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu
    tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

    7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh
    pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

    8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
    pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang
    memberi kebajikan.

    9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin
    yang ditemui kerana
    asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

    10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada
    pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan
    ringkaskanlah perlaksanaannya

No comments:

Post a Comment