Blogger Templates

Saturday, January 22, 2011

Hong Kong-China Journey


walaupun berkelana hanya 5 hari di bumi yang terkenal dengan penduduk yang padat dan sibuk, aku tidak pernah mengimpikan untuk menjejakkan kaki mencari dan mengenal saudara Islam sehingga ke Hong Kong , Guangzhou dan Shenzhen semasa bergelar mahasiswa. 9 orang pelajar bersama 2 orang staf Unit Pentadbiran Masjid, Ustaz Rahmat dan Ustaz Zuriat memulakan persiapan bermula dari awal semester, sekitar Ogos dan akhirnya 11 Januari 2011 bermulanya realiti perjalan mereka. Bermulanya episod perjalanan tidak mungkin dilupakan setiap diantara kami…
Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi perjalanan akan bermula, setiap orang sibuk mengemaskini tugas masing-masing, dari mengkaji tempat2 yang bakal dilawati, pengangkutan, penempatan sehinggalah persatuan Islam dan masjid2 utama disana. Antara masalah utama dalam komunikasi adalah pihak2 berkenaan memang sukar berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Pengajarannya, subjek mandarin dan kawan-kawan berbangsa Cina pembantu terbaik dalam situasi begini. Terima kasih pada kawan Rose yang tolong meng`dealkan` Muslim Hotel di ShenzhenJ
3 hari sebelum bertolak, duit masa belum ditukar. Pengiraan yang berubah2,ahli yang kurang, ditambah pula kekurangan stok duit tukaran di Ipoh dan tempat berhampiran UTP menyebabkan kami ke KL utk menukar wang…cuak! Itulah perasaan terbaik menggambarkan perasaan kami (semuanya pelajar perempuan) membawa wang tunai lebih kurang 15 ribu dalam beg. Tambahan pula banyak tempat yang perlu pergi utk menukar wang (strategi mengelak ditipu dengan wang palsu + cari rate tukaran tertinggi. Bermula perjalanan menaiki kereta Kancil Nadia, kami berempat menuju ke destinasi pertama, Bank of China utk menukar wang China ( bank is the best place to prevent from fake money). Di sini baru kami tahu, setiap hari berbeza rate tukaran wang, hari nie rugi sedikit dimana rate RM ke RMB (Renmibi)  adalah 2.14 berbanding semalam, 2.2. takpelah, tiada rezeki kan tapi dapat pengetahuan baru! Oyeay! Tambahan lagi info yang dikongsi amoi kaunter tue, cara2 membezakan duit palsu dan duit China yang original adalah dengan melihat dan merasa pada tekstur, dan perubahan warna di bawah cahaya.
Next destination, mencari Money Changer untuk menukar duit Baht Nuruddin (10000 Baht = RM 1015) dan juga menukar RM ke HKD ( Hong Kong Dollar). Strategi kami, membahagi wang yang perlu ditukar ke beberapa bahagian dan ditukar di Money Changer yang berbeza-beza bagi mengurangkan risiko ditipu dengan duit palsu. Bijak kan!
Di sini kami nak share satu tips, how to know u will survive or not in China? Easy! Korang kena pakar dulu guna train kt KL, cmne nk tukar, nak guna line mana, nak kemana.. sebab di China dan Hong Kong kenderaan utama adalah MRT dan Subway iaitu seperti LRT kt Malaysia J
11 Januari yang dinanti akhirnya tiba. Seawal 8 pagi kami berkumpul di Islamica UTP utk majlis doa selamat utk perjalanan kami kelak. Bertuahnya kami bilamana wartawan Sinar Perak datang utk membuat liputan.Selesai majlis dan sesi fotografi, kami bertolak ke airport Penang menaiki transit UTP. Penerbangan kami dijadualkan pada jam 2.55 ptg dan dijangka tiba jam 6.30 ptg. Sementara menunggu penerbangan kami, sempat kami berkenalan dengan ibu dan ayah maziah yang datang memberi sokongan J siap dengan kek oren yang sedap!



Hari pertama sampai di lapangan terbang Hong Kong, ketika itu musim sejuk, suhu kira-kira 10 deg C. teringat pada wajah2 kesejukan setiap orang! Memang satu pengalaman yang menarik bilamana kita dah biasa dengan cuaca Malaysia.
Sepanjang perjalanan kami di Hong Kong dan China, semasa di jalan raya mahupun ketika menaiki kereta api, jelas mereka semua sangat menghargai masa. Segalanya Pantas! Berlari adalah perkara biasa di sana. Kenderaan dibawa laju tetapi cekap. Yang menariknya, budaya meng`hon` disana. Dibandingkan dengan di Malaysia, budaya hon kereta melambangkan biadap ataupun kurang ajar, tapi bila di sana, kami realize, it is a good culture kerana masing-masing saling menjaga keselamatan antara satu sama lain.
Terfikir kami, bagaimana sebuah Negara yang padat masih mampu maju walaupun tidak menguasai bahasa Inggeris yang kononnya bahasa dunia. Bila terlalu ramai manusia untuk dikawal, disiplin adalah pengawal terbaik. Bermula dari hari pertama kami menaiki bas dari airport ke hotel, penduduk di sana beratur dan sabar menunggu giliran masing-masing. Kenderaan awam mereka juga tiba dengan tepat! ( setiap 10-15 minit). Dari kenderaan awam, kita beralih pada pejalan kaki mahupun pembawa basikal.
di sana, majoriti penduduknya cenderung berjalan dan menaiki basikal. Memang sentiasa ramai manusia di sana. Tetapi teratur. Dimana setiap orang memahami dan mengikuti laluan khas yang disediakan, contohnya, sekiranya ingin berjalan ke hadapan mereka hanya lalu di sebelah kanan jalan, dan sebaliknya. Tidak seperti di Malaysia, bersilang-silang laluannya. Bila difikirkan kembali, lebih pantas dan selamat sekiranya kita mengamalkan budaya mereka di sana.
Antara perkara menarik yang sempat kami perasan di sana, kebanyakkan kenderaan persendirian (kereta) warnanya hanya hitam, putih, silver dan warna-warna seumpamanya. Manakala teksi dan kenderaan awam berwarna terang, seperti hijau, merah dan kuning.  Memandangkan kebanyakkan mereka di sana tidak fasih berbahasa inggeris, kami hanya perlu menunjukkan kertas yang ditulis dalam bahasa cina destinasi yang kami ingin tujui  pada pemandu kenderaan awam. Di sana, nak naik teksi pun polis kena jaga bagi memastikan semua orang tidak berebut dan mengikut giliran masing-masing.  Semasa menunggu teksi, akan ada `ulat-ulat` yang akan datang khususnya pada pelancong-pelancong menawarkan perkhidmatan kenderaan mereka yang kononnya lebih murah dari teksi. Hari pertama di Guangzhou kami terpengaruh dan bila mengetahui harga yang ditawarkan jauh lebih mahal, kami lebih berhati-hati pada hari berikutnya.

Hong Kong Journey- HKIU- Indonesia Dakwah group.
Bermula pencarian saudara seislam di Wan Chai. Dari Kowloon menaiki MTR ke Wan Chai mengambil masa 15 minit. Hampir satu jam  berjalan kaki dengan beg travel mencari masjid Ammar memang menguji kesabaran, pertama kali di bumi asing berjalan dengan suasana yang berbeza ditambah dengan perut yang lapar. Experience is the best teacher, pengalaman mengembara ustaz Rahmat membantu kami mencari masjid Ammar, dimana disitulah pejabat Hong Kong Islamic Union. Setibanya di sana, kami singgah makan dahulu di satu-satunya restoran Dim Sum halal di Hong Kong.  Pertama kali makan dim sum, memang teruja semua orang. kebiasaan bagi harga makanan di sini memang agak mahal dibandingkan dengan Malaysia. Apepun, dim sum memang best dan bnyk pilihan!
Selesai makan, kami ke tingkat 11 berjumpa dengan HKIU. Disambut mesra oleh  Schuman Lam, Public relation officer of HKIU.Kagumnya, dia bukan beragama Islam dan sedang mempelajari keindahan Islam. Moga Allah kemudahan baginya. Beberapa minit kemudian, Mr Khan, pengurus utama HKIU tiba. Beliau berkongsi bagaimana badan dakwah HKIU bergerak di Hong Kong. Menariknya di Hong Kong, setiap orang diberi kebebasan dalam menjalani kehidupan termasuk menjalankan dakwah. HKIU merupakan satu persatuan bukan kerajaan yang menjalankan dakwah seperti kelas-kelas agama, program-program ilmiah dan juga membantu umat Islam Hong Kong dari segi ekonomi mahupun ilmu. Budaya barat, dimana sahaja merupakan ancaman utama umat Islam. Sedih hati mendengarkan kata-kata mr Khan mengenai masa depan anak-anak muda Islam yang masih kabur di sana.
Kemudian kami di bawah ke Perpustakaan  Haji Imam Mohamad Yaqub.  Sempat berborak dengan Mr Khan, perpustakaan dan juga HKIU telah ditubuhkan pada awal 1980-an lagi.




Selesai bertemu HKIU, kami solat di masjid Ammar sebelum meneruskan perjalanan ke Guangzhou. Kebetulan semasa mengambil wudhu, sempat berkenalan dengan kak tina, seorang pembantu rumah di Hong Kong. Perbualan biasa akhirnya membawa kami berkenalan dengan lebih ramai lagi wanita-wanita Indonesia yang kebetulan sedang menjalankan aktiviti mingguan bertemu dan berbincang mengenai dakwah dan Islam di masjid Ammar. Di Hong Kong , di bawah kerjasama HKIU juga, satu persatuan Islam Indonesia sangat aktif menjalankan kerja-kerja dakwah antaranya menerbitkan majalah IQRA, menjual telekung, berusrah dan lain-lain lagi. Kagum kami mendengar salah seorang dari mereka bercerita, anak majikannya yang bukan Islam gemar mengikutnya bersolat. Di hati mereka, semangat menyebarkan Islam berkobar-kobar walaupun di bumi asing.
Selesai beramah mesra dengan persatuan Indonesia tersebut, sedang bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan, kami ditegur oleh warga tempatan, Isteri kepada imam masjid Kowloon, bersamanya puan Hajjah Hakima, naib pengerusi  Hong Kong Muslim Women Association. Sempat kami menemubual mereka, dan ternyata mereka juga mengagumi semangat persatuan Indonesia tadi. Antara harapan Hajjjah Hakima adalah kami dapat bersama-sama membantu menyebarkan dakwah Islam di kalangan wanita di serata dunia.

Guangzhou Journey-Yuexiu Park-Sun Yat sen memorial hall-liurong temple-huisheng Mosque-Shangxiajiu commercial centre.



2 jam perjalanan menaiki keretapi ke Guang Zhou, akhirnya kami tiba di Boston Hotel, sebuah Hotel Muslim di sana. Di Guang Zhou mudah kita menjumpai restoran-restoran Islam berbanding di Hong Kong. Keesokkan harinya, perjalanan bermula dengan menuju ke Yuexiu Park, dimana merupakan tempat utama yang melambangkan identity GuangZhou. Kami meneruskan perjalanan mencari Masjid Hui Sheng , masjid tertua di GuangZhou dengan berjalan kaki. Berpandukan peta, kami merentasi Sun Yat Sen Memorial Hall, Liurong temple dan akhirnya tiba di Masjid Hui Sheng. Amat sukar mencari masjid tersebut, hampir 2 jam berjalan dan bertambah sukar bilamana tiada orang yang fasih berbahasa inggeris. Ternyata benar kata-kata Rasulullah saw, sesungguhnya umat Islam itu bersaudara, kami beberapa kali ditegur dan cuba dibantu oleh beberapa umat islam di sana walaupun mereka tidak fasih berbahasa inggeris. Berkat pertolongan salah seorang mereka, kami selamat tiba ke masjid Hui Sheng, ternyata amat sukar mencarinya kerana begitu tersorok kedudukannya. Kebetulan setibanya kami di sana, kami sempat disambut oleh ahli kariah masjid. Sempat ustaz Rahmat berbicara dan menemubual mereka yang fasih berbahasa Arab. Beberapa naskah Al-Quran yang kami bawa sempat diwaqafkan di Masjid berkenaan. Struktur Masjid Hui Shen sangat cantik malahan ada diantaranya wujud sejak zaman dinasti Ting, lebih seratus tahun yang lalu.
Selesai makan tengahari di sebuah restoran Islam di hadapan masjid, kami meneruskan perjalanan mencari Makam Saad bin Abi Waqas. Sesungguhnya untuk mendapat sesuatu yang baik memang manusia itu diuji keikhlasannya. Hampir kesesatan kami mencari makam beliau. Sekali lagi, seorang muslimah Guangzhou datang menghulurkan bantuan dan akhirnya kami selamat tiba. Disambut mesra oleh seorang anak kecil yang tersenyum manis, akhirnya kami bertemu makam Saad bin Abi Waqas, bapa saudara Nabi saw yang diutuskan ke China menyampaikan dakwah. Beberapa ketika kemudian sedang kami meninjau-ninjau kawasan makam, kami disapa mesra oleh seorang anak muda, Luqman Al-Hakim bersama imam Masjid di situ, Imam Hasan. Luqman menjadi pengalih bahasa kami dan amat mesra sekali berkongsi cerita.
Selesai solat jama` di masjid berkenaan, kami meneruskan perjalanan ke tempat membeli-belah utama di Guangzhou, Shang Xia Jiu Commercial Centre sebelum kembali ke hotel.

GuangZhou- Shenzhen – Hong Kong
Dari Guangzhou kami mengambil train ke Shenzhen, seawal 9 pagi dah penuh stesen dengan manusia sehinggakan untuk membeli tiket ke Shenzhen, kami terpaksa beratur panjang dan dijaga oleh pegawai stesen. Dalam 40 minit perjalanan, kami tiba di Louhu Station dan mengambil teksi ke Muslim Hotel, 15 minit dari stesen. Di Shenzhen tidak banyak aktiviti dapat dijalankan. Baru kami faham kenapa hotel ini ada kubah diatasnya, rupanya surau di tingkat 8 merupakan tempat solat jumaat warga sekitar kawasan hotel tersebut.  Di Shenzhen, keislaman lebih terasa, ramai yang bertudung dan berkopiah kecil. Kebanyakkan mereka bermata bulat dan berwajah lebih kearaban. Petang di Shenzhen, kami berpecah ke Louhu dan Dong Men membeli-belah.
Keesokkan paginya, kami bertolak ke Hong Kong, dari Louhu Station kami hanya berjalan kaki merentas kastam dan tiba di Hong Kong, memandangkan penerbangan kembali ke Penang jam 7 malam. Kami mengambil peluang membeli belah di Ladies Market di Mong Kok. Ternyata barang2 lebih murah dan berkualiti berbanding di china. Ramai juga warga Malaysia yang kami temui di Mong Kok. Selesai membeli belah, kami bertolak ke Airport menaiki keretapi, utk pengetahuan korang, ada package utk 3 orang hanya 125 HKD berbanding beli seorang 60 HKD. Perjalanan di airport paling menguji kesabaran kami yang kepenatan. Bayangkan, tempat check in, kastam dan pelepasan teramat-amat jauh antara satu sama lain. Dari check in ke kastam menaiki 1 train dan beberapa kali lif, kemudian ke balai pelepasan pula perlu menaiki lif, train, escalator, dan kemudian berjalan selama 15 minit. Dengan beg yang berat,  berlari2 mengejar waktu, memang rasa nak patah pinggang!
Di Hong Kong airport, memang ketat peraturannya. Bermula dari check in, berbeza dengan di Malaysia, individu tidak boleh check in utk individu yang lain, kemudian di kastam, setiap beg dan manusia diperiksa dgn teliti. Cume pelik sket, knapa kami yang bertudung ini hanya di scan bahagian kepala…
Sementara menunggu panggilan masuk ke dalam kapal terbang, sempat kami bersolat jemaah di kawasan lapang berhampiran. Seronok! Pertama kali! Untung berjalan bersama para ustaz yang faqeh, banyak ilmu dapat J cemas seketika bilamana ustaz rahmat tidak kembali sehingga semua orang telah masuk ke dalam kapal terbang, rupanya ditahan kastam kerana tidak cukup duit utk bayar yuran luggage utk basikal lipatnya. Ustaz terlupa bawa dompet dan telefon. Ternyata memang mengdebarkan semua! Alhadulillah ustaz sempat menaiki kapal terbang pulang bersama. Di atas flight, selesai makan, semua tertido keletihan, dan tibanya di Malaysia, tiba-tiba kasut x muat nk sarung kembali…kaki dah bengkak. Sakit tapi gembira =) selamat sampai dan terlalu banyak pengalaman yang tidak habis dicerita. 


Teringat kata-kata Ustaz, kita tidak mungkin betul-betul mengenali seseorang sehinggalah kita pernah berurus niaga dan mengembara bersamanya, ternyata di sini la titik pertemuan kami dan terasa kemesraannya sehingga kini J

Islam itu menganjur umatnya mengembara mencari Ilmu di bumi Allah yang terbentang luas…



“Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah.” 

(QS. Al Ahzab : 10)



 “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya.” 
(QS. Al Mulk : 15)



Maksud dari ayat tersebut—menurut Ibnu Katsir—adalah bepergianlah kalian ke tempat-tempat di bumi yang kalian kehendaki, lintasilah daerah-daerah dan pelosok-pelosoknya untuk mendapatkan berbagai macam penghasilan dan berdagang dalam masa yang sama Ilmu Allah terlalu luas utk diterokai.. Next Journey Comin UP! target to melbourne =)


No comments:

Post a Comment