Blogger Templates

Wednesday, May 20, 2009

~CINTA saja~

CintaMu dalam hatiku,Memenuhinya begitu,
Jadi segala sesuatu, Yang kumelihat di situ.
Kayak sinar matahari,
Atas permukaan hati,
Cinta itu meliputi,Hatiku sama sekali.
Dalam hati tetap malam,Kacau-balau tanpa salam,
Hati muram suram guram,Gelap buta penuh waham.
Terbit sinar surya terang,Maka tudung waham hilang,
Tidak terlihat sekarang,
Selain cahaya merelang.
CintaMu dalam hatiku,Memenuhinya begitu,

Syair: Syekh Fattaah by DEBU

malam kian larut ditelan waktu,
pertama kali menulis, mungkin banyak khilaf kan jadi, semoga Allah memberatkan kata-kataku dengan keberkatan..dengan CINTA-NYA.

Cinta...kenapa ira mulakan dengan cinta?
kerna cinta itu permulaan kejadian, permulaan keikhlasan, permulaan kehidupan.
blog ini ira mulakan dengan perasaan cinta supaya penerusan nya disulami dengan keikhlasan dalam menyatakan~ insyaallah..ptg tadi ira terbaca, ttg Erti CINTA..

` CINTA adalah IMAN dan keimanan juga yang menentukan ketahanan cinta dan kesetiaan pasangan bercinta`

tidak perlu seseorang itu gusar andai diri kekurangan, andai diri keseorangan, kerana iman itulah penunjuk jalanmu, setiap yang indah itulah iman..dan Cinta adalah Iman..jadi, tersenyumlah!

jagalah Iman semampunya dan keindahan itu pastikan tiba.
untuk anak-anakku kelak, moga Cinta Allah sentiasa bersamamu..amin.

Cinta adalah anugerah TUHAN,
mereka yang menerima dan mengalami tidak pernah menyedari,
dirinya telah jatuh cinta pada seseorang...pada sesuatu...
sehinggalah yang dicinta itu hilang...


No comments:

Post a Comment