
Apa yang dilakukan…menciptakan…
Simple words give complex discussion in my mind.
Jam da menunjukkan 1.48 pagi, 4 july 2009.
Ngantuk, tapi minda x terhenti berfikir words itu, perasaan yang berbeza.
Jalan cerita yang mudah difahami dan setiap scene penuh dengan maksud,
Benar, pencipta filem ini bukanlah orang Islam, tetapi benar juga kan kata2
`jangan dilihat siapa yang berkata, tetapi apa yang dikata`
acapkali sangat kita dapat nasihat ni, aplikasi?
Balik kembali pada simple words tadi..
Bilamana si pembela, V berkata, ` apa yang mereka lakukan menciptakan diriku...`
Dirinya yang jadi mangsa kerajaan yg gilakan kuasa, kerajaan yang mencipta bencana agar rakyat melihatkan kerajaan itulah satu2 nya harapan.. bilamana tiba saat piliharaya, kerajaan itu mampu `mencipta` penyembuh bencana yang melanda...
Hakikatnya ramai yang menjadi mangsa pementasan politik...yang mindanya tertutup bersama mulut yang terkunci dari kebebasan berbicara, hanya kepatuhan secara menyeluruh menjadi rentak..
Dari mangsa2 ini la lahirnya seorang pembela yang tiada rupa tapi punya kata.
Kuasa kata2 mampu merubah minda, akhirnya membuka mata.
Tersenyum ku melihat seorang inggeris mengagungkan keindahan kata2 Al-Quran dalam cerita ini
Yerp, benar ianya hanya satu diolog..satu scene, tapi mungkin berjuta yang melihat!
Kembali pada kata ku tadi, kuasa kata2!
HOPE.
The main subject through this film…
`Aku hanya sebahagian dari kehidupan hari ini, tetapi kamu adalah penerus yang membentuk kehidupan akan datang.`
dan V itu meninggalkan alam ini dengan pembelaan..
teringatku pada utp, pentas ku sebagai pelajar, mungkin pembimbing..
kadang2 kita terlupa, seorang pemimpin itu terlalu asyik mencipta rentak sehinggakan terlupa perkara terpenting... PELAPIS. Akhirnya pemimpin itu hebat di pentas ciptaannya sendiri, yang seketika Cuma..
Kita mungkin mampu mencipta dan berfikir sesuatu yang hebat, tetapi sampai satu masa kita perlu pergi..
Idea.. sesuatu yang tidak akan pernah mati, akan terus segar..
Lihatkan pada idea yang dibawa, bukan siapa yang mencipta idea itu kerana penciptanya akan mati.. persoalan yang bijak dilontarkan di permulaan cerita V-vendetta.

Mungkin para pemimpin dan juga diriku perlu lebih mengutamakan si anak-anak pelapis ini bersama-sama dalam mencipta rentak idea, agar idea itu terus segar..hidup dan memberi kebaikan pada sesiapa yang mungkin kita tidak sempat temui...
`walaupun dirimu tidak pernah kukenali, tidak pernah menangis dan tertawa bersama, tidak pernah ku tahu siapa, dan tidak mungkin akan kutemu... dengan sepenuh jiwa aku menyayangimu.. aku yakin kamu akan berjaya lepaskan diri dari sini...` nota dari penjara...V for Vendetta.. The End
No comments:
Post a Comment