Blogger Templates

Friday, June 5, 2009

Doraemon dan Kucing...

Doraemon vs. kucing..
sape yg comel?? sape yg hebat?
` kita ini bagaikan doraemon dan kucing.. berbeza sangat2 dalam setiap perkara, tapi tetap same fitrahnya..iaitu kucing..`
kata2 paling indah yg ku dapat pada umur 21 thn yg lalu.. dari seseorang yang istimewa kerana sikapnya..
teringat kembali pertemuan kami, di zaman kanak2 utp. semua perkara dirasakan baru dan menggembirakan. masa itulah si teruna nk kenal si dara, si dara pun lebih kurang.. zaman barula katakan.. tambahan pula jauh dari keluarga, segala perkara nk dicuba.. zaman kanak2 yg tak kenal kehidupan sebenar. itulah kenangan 3 tahun yg lalu, dengan memegang gelaran freshies July 06 ^^

Foudation 2nd zaman gembira kami, setiap perkara kelam kabut, dari ke kelas, sampailah ke makan. haha. tambah pula kami tinggal jauh dari yg lain. V3d L2.2.3. (klu x slap)
sepinggan, sebungkus, seplastik.. semuanya `se`
itulah kunci kebersamaan kami, semuanya dilakukan bersama, seingatku kami sentiasa makan sepinggan, walaupun di cafe! seronok! tambah bila saat2 akhir bulan, sama2 korek duit syiling then tukar kat mamak v5 sebab nk g convofair masa tue. comelnya kalau peristiwa dapat diulang..Berdua Lebih Baik~ lagu kami setiap kali mengemas bilik bersama..pasang je kuat2 mentang2 la housemate Thailand~

zaman berlalu, usia kian dewasa dengan tanggungjawab yang berbeza, kami mula dipecahkan group class, dibezakan jawatan dan tanggungjawab... bersua kian susah walaupun sebilik, keadaan tak berubah walaupun pindah ke v5. masing2 cuba memahami masing2.. adakalanya sunyi xpa bicara di bilik kerana tiada perkara yg indah utk diborakkan selain tumpuan kerja masing2. tapi ku tahu, jauh di sudut hati merindui satu sama lain..

kini kami masih bersama, mula kembali ke alam nyata dengan cara yang selari dengan arus waktu dan tanggungjawab, kurang bicara tapi masing2 memerlukan..
bersyukur dikurniakan dia yang melengkapkan ku. kami memang seperti doraemon dan kucing!

semoga diberikan segala keindahan dan kemurahan rezeki buat dia.. yg paling bermakna dalam hidupku di UTP..


1 comment:

  1. dedicated to ur roomie ke dik? how sweet.. :)

    ReplyDelete